Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Bila beruk jadi Ahli Parlimen, nasib baik tak minta dakwat kekal untuk mengundi Speaker di Parlimen.

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:04 AM | Tuesday, June 25, 2013  |

Itulah pakatan pembangkang, diberi paha mahu betis pula dan akhirnya minta yang depan serta belakang sekali.

Semalam, proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat dilaksanakan dengan kaedah undian atas kertas menggunakan borang yang tertulis nama pengundi dan calon yang dipilih.

Sekali lagi Ahli Parlimen pakatan pembangkang menimbulkan kekecohan yang tidak wajar dan tidak sepadan jika dibandingkan dengan status mereka sebagai 'Penggubal Undang-Undang' di Malaysia berkaitan isu di atas.

Sebenarnya kuasa melantik Speaker Dewan Parlimen adalah tertakluk ke atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong dan boleh mengambil kira nasihat dari Perdana Menteri Malaysia. Perkara tersebut bermaksud proses mengundi Speaker Dewan Rakyat bukanlah satu kewajipan dan ianya tidak penting sama sekali.

Ahli Parlimen pakatan pembangkang mempertikaikan mengapakah proses pengundian dijalankan secara terbuka iaitu nama pemilih perlu ditulis dan diketahui secara umum. Apa yang menghairankan kita sebagai rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil di parlimen ialah mengapa perkara seremeh itu perlu menjadi pertikaian dan dipolitikkan?

Ahli Parlimen pakatan pembangkang cuba menimbulkan polemik kononnya timbul isu bahawa Perdana Menteri sendiri tidak yakin dengan para Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ianya tidak lain dan tidak bukan berniat untuk menghasut para Ahli Parlimen Barisan Nasional agar timbul kekalutan dan diperdebatkan sesama mereka dan akhirnya masa dan waktu mereka yang sangat berharga untuk digunakan bagi khidmat kepada rakyat dibazirkan dengan sia-sia.

Tindakan Perdana Menteri adalah baik kerana selain daripada transformasi di parlimen itu sendiri ia adalah satu daripada perlaksanaan demokrasi yang terbuka. Memilih secara terbuka adalah lebih bertanggungjawab berbanding memilih secara sembunyi-sembunyi. Keputusan daripada kaedah pemilihan secara yang sedemikian juga tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapun juga selepas ini kerana ianya jelas dan termeteri dengan undian dan tanda tangan setiap dari mereka yang mengundi.

Bagaimanapun, keputusan Ahli Parlimen pakatan pembangkang untuk tidak memboikot proses pengundian tersebut sangat menghairankan. Perkara ini adalah satu kemalangan bagi para penyokong mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa di hadapan bangunan Parlimen Malaysia memprotes dengan motif demonstrasi 'Blackout 505'.

Begitupun, sangat mujur kerana Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak mendesak agar Perdana Menteri menggunakan dakwat kekal dalam proses pemilihan Speaker Dewan Parlimen yang berlangsung semalam.


0 comments:

Post a Comment

Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com

 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day