Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Hapuskan akta hasutan, lagi Raja-Raja Melayu dihina

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 1:46 AM | Friday, July 12, 2013  |
Kenapa nazri aziz menyokong akta hasutan dihapuskan ? Adakah dia sudah hilang maruah politik ? Adakah dia masih mengemis sokongan cina ? Jika dia lupa, di bawah ini disertakan kenyataan yang menggambarkan kekecewaannya terhadap cina secara peribadi.

"Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat" - Nazri Aziz

Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat: Nazri
2013/05/11 - 17:46:20 PM

PADANG RENGAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

"Bagi kaum Cina mereka tertipu... mereka hanya kejar pelangi saja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan Bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.
"Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Beliau tidak percaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.

"Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa Menteri Besar mesti Melayu.

"Saya nak tanya 15 ADUN PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda perlembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada Bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?" katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata, mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
"1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak Bumiputera dan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada perlembagaan," katanya. - BERNAMA

Hari ini satu lagi hasutan dilakukan secara terbuka dan berani kerana mereka tahu orang Melayu seperti nazri aziz sudah semakin banyak.

Raja-Raja Melayu dihina di facebook
https://www.facebook.com/rudy.ball.3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151581324858208&set=gm.495485457202645&type=1
Kita tunggu apa Menteri-Menteri Melayu boleh buat selain daripada bertelagah sesama sendiri dan berpura-pura mengambil tindakan terhadap isu moral bangsa Malaysia yang kian runtuh kini.

0 comments:

Post a Comment

Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com

 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day