Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Rafizi rasuah 'orang dalam' SPR untuk beli maklumat

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 2:14 AM | Friday, July 19, 2013  |

Pada 16Julai 2013, Rafizi selaku MP Pandan telah melakukan pendedahan secara rasmi berkenaan butiran pembekalan dakwat kekal kepada SPR bagi kegunaan pada PRU13 yang lalu di Dewan Rakyat.

Pihak SPR masih belum mengesahkan pendedahan tersebut yang begitu terperinci dan menjurus ke arah dakwaan rasuah dan salah laku.

Butir-butir yang didedahkan ialah nama pembekal iaitu Mohd Salleh Md Ali dengan nombor pendaftaran MyKad 671112-66-5021 adalah seorang yang berasal dari Singapura.

Beliau juga mendedahkan bahawa Mohd Salleh Md Ali merupakan seorang 'pakar rundingan terus' yang mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Rafizi turut menekankan seolah-olah berlaku manipulasi di dalam proses rundingan terus apabila tiga syarikat yang didakwanya terlibat di dalam 'bidaan' tersebut dikuasai oleh Mohd Salleh Md Ali.
Walaubagaimanapun beliau hanya memberikan satu sahaja nama syarikat merujuk dakwaan beliau iaitu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.

0 comments:

Post a Comment

Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com

 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day