Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Minions bukan isu perkauman untuk dijadikan modal politik

 Categories:
Comments by facebook 2 comments by Blogger
Posted On : 6:12 AM | Tuesday, July 23, 2013  |
Banyak blogger pro UMNO menjadikan isu patung Minions baru-baru ini sebagai satu lagi pencetus sentimen perkauman di Malaysia.

Dalam kekeruhan suasana rentetan isu Alvin dan Vivian diikuti peristiwa di Klang, isu patung Minions dilihat mampu menambah rencah kebencian antara kaum.

Jika blogger pro UMNO berterusan bersikap begini, adakah kita akan mampu menikmati keharmonian antara kaum ?

Artikel ini tidak menafikan sikap perkauman orang Cina namun isu patung Minions adalah tidak relevan untuk dijadikan modal bagi memasinkan lagi sentimen perkauman.

Emosi yang tidak dapat dibendung ketika masyarakat berhadapan dengan sesuatu fenomena bukanlah sesuatu yang wajar dikategorikan sebagai sentimen perkauman.

Harapan rakyat Malaysia agar blogger pro UMNO bertindak lebih pro aktif untuk mengukuhkan Barisan Nasional yang bertunjangkan keharmonian antara kaum di negara majmuk Malaysia.

Bandingkan bagaimana emosi tidak terkendali sebagaimana dirakamkan di dalam kedua-dua video di bawah membuktikan bahawa sentimen perkauman bukanlah tajuk yang sesuai bagi menggambarkan peristiwa tersebut.




Continue Reading...

Rafizi rasuah 'orang dalam' SPR untuk beli maklumat

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 2:14 AM | Friday, July 19, 2013

Pada 16Julai 2013, Rafizi selaku MP Pandan telah melakukan pendedahan secara rasmi berkenaan butiran pembekalan dakwat kekal kepada SPR bagi kegunaan pada PRU13 yang lalu di Dewan Rakyat.

Pihak SPR masih belum mengesahkan pendedahan tersebut yang begitu terperinci dan menjurus ke arah dakwaan rasuah dan salah laku.

Butir-butir yang didedahkan ialah nama pembekal iaitu Mohd Salleh Md Ali dengan nombor pendaftaran MyKad 671112-66-5021 adalah seorang yang berasal dari Singapura.

Beliau juga mendedahkan bahawa Mohd Salleh Md Ali merupakan seorang 'pakar rundingan terus' yang mempunyai hubungan rapat dengan Pengerusi SPR,Tan Sri Abdul Aziz Yusuf dan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Rafizi turut menekankan seolah-olah berlaku manipulasi di dalam proses rundingan terus apabila tiga syarikat yang didakwanya terlibat di dalam 'bidaan' tersebut dikuasai oleh Mohd Salleh Md Ali.
Walaubagaimanapun beliau hanya memberikan satu sahaja nama syarikat merujuk dakwaan beliau iaitu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd.
Continue Reading...

Gambar Papa Gomo kantoi, identiti telah didedahkan.

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 8:12 PM | Sunday, July 14, 2013
Sekian lama rakyat Malaysia tercari-cari siapakah individu yang bernama Papa Gomo, seorang blogger tersohor di Malaysia.

Bulan ramadhan ini telah mendedahkan identiti beliau yang sebenar apabila sekeping gambar telah diambil ketika beliau sedang menunaikan solat tarawih di salah sebuah masjid di Kuala Lumpur.

Papa Gomo Sedang Menunaikan Solat Tarawih

Continue Reading...

Lelaki ditangkap tidak berpuasa murtad untuk mengelak dikenakan hukuman

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 8:02 PM |
Seorang lelaki yang ditangkap kerana tidak berpuasa telah murtad untuk mengelakkan dirinya daripada dikenakan tindakan oleh Majlis Agama Islam.

Ketika ditahan, lelaki tersebut telah menggunakan alasan bahawa ibunya adalah seorang yang bukan muslim walaupun bapanya adalah seorang muslim.

Situasi sebegitu telah menyebabkan lelaki tersebut terpaksa menggunakan identiti seorang muslim di dalam pendaftaran MyKad-nya.

Sebenarnya simulasi ini merujuk kepada isu Seksyen 107(b) dalam Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013.

Sila rujuk : http://www.astroawani.com/news/show/penukaran-agama-pakatan-rakyat-belum-ada-kata-setuju-17553 dan : http://www.malaysiakini.com/news/234369


Continue Reading...

Saudara Mara Najib Razak di Parlimen

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 10:12 AM | Saturday, July 13, 2013
Ramai yang menyangka hanya DS Hishamuddin seorang sahaja saudara DS Najib di parlimen tetapi khabarnya Khalid Samad juga adalah saudara mara beliau.

Tidak mustahil ramai lagi saudara mara beliau kerana latar belakang keluarga beliau memang kukuh dalam politik di Malaysia.


Continue Reading...

N1 Kuala Besut - BN Vs UMNO - Calon-calonnya semua orang UMNO

 Categories: ,
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 2:56 PM | Friday, July 12, 2013
Tahukah anda, calon Pas PRK Kuala Besut, Azlan Endut bukanlah jati Pas, tetapi merupakan pendokong dan ahli Umno, malah pernah memegang jawatan Ketua Pemuda Umno Cawangan di Dun Kuala Besut.
Kalaulah dah yang jenis ‘cari makan’? tanpa mengira apa jua parti, malahan sehingga sekarang namanya masih wujud sebagai ahli Umno.
Kadang-kadang atas tiket Umno inilah dia dikatakan memburu projek kerana di kementerian dan agensi di ibu kota tidak mengetahui beliau sebenarnya telah menyusup masuk ke dalam Pas, juga untuk kepentingan perniagaannya.
Kerana kelicikannya itulah beliau mampu menjadi ‘manusia dua alam” mengikut keperluan dan kepentingan dirinya.
Apakah makhluk ‘dua alam’ seperti ini boleh diangkat menjadi pemimpin?
Semasa Husam Musa berkuasa sebagai Exco kanan kerajaan di Kelantan, dikatakan banyak projek diperolehinya, kontraktor kelas A katakan.
Menjadi calon bukanlah untuk menang…bukanlah untuk berkhidmat tetapi untuk cari popular dan mendapat projek…malah beliau minta izin untuk keluar dari kawasan bagi meneruskan perniagaan kayu di Kelantan (sila rujuk perutusan khas calon Pas)

Azlan Endut
Video boleh ditonton di : http://terengganutoday.com/muka-hadapan/prk-kuala-besut-video-kontroversi-manifesto-calon-pas
Continue Reading...

Hapuskan akta hasutan, lagi Raja-Raja Melayu dihina

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 1:46 AM |
Kenapa nazri aziz menyokong akta hasutan dihapuskan ? Adakah dia sudah hilang maruah politik ? Adakah dia masih mengemis sokongan cina ? Jika dia lupa, di bawah ini disertakan kenyataan yang menggambarkan kekecewaannya terhadap cina secara peribadi.

"Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat" - Nazri Aziz

Pengundi Cina silap percaturan sokong pakatan rakyat: Nazri
2013/05/11 - 17:46:20 PM

PADANG RENGAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata pengundi Cina silap percaturan apabila menyokong pakatan rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 kerana menganggap hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera akan dihapuskan jika pakatan rakyat menubuhkan kerajaan.

"Bagi kaum Cina mereka tertipu... mereka hanya kejar pelangi saja kerana perkara ini tidak akan berlaku, siapa juga jadi kerajaan, hak keistimewaan Bumiputera dan Melayu serta Islam sebagai agama rasmi tidak akan dipinda sesiapa termasuk kerajaan pakatan.
"Mereka (kaum Cina) mempunyai tafsiran bahawa 1Malaysia ini ialah sama rata, bila pakatan pembangkang menang mereka fikir hak Melayu boleh dihapuskan," katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran kemenangan Barisan Nasional (BN) Parlimen Padang Rengas di Sekolah Kebangsaan Tanah Merah, Lubuk Merbau di sini, hari ini.

Beliau tidak percaya Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang berbangsa Melayu serta beragama Islam daripada PAS dan PKR boleh bertindak sedemikian.

"Kalau berani saya nak cadangkan, sekarang di negeri Selangor mereka ada dua pertiga (kerusi dewan undangan negeri) dan mereka boleh pinda perlembagaan negeri dan dalam perlembagaan itu menyatakan bahawa Menteri Besar mesti Melayu.

"Saya nak tanya 15 ADUN PAS dan PKR yang Melayu adakah mereka berani nak pinda perlembagaan negeri Selangor dan segala peruntukan yang ada kepentingan pada Bumiputera, dia sanggup tak nak pinda?" katanya.

Mengenai pengundi Cina menolak Barisan Nasional (BN) beliau berkata, mereka menganggap kerajaan tidak ikhlas dalam melaksanakan konsep 1Malaysia kerana masih mengekalkan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera.
"1Malaysia maknanya sama rata, tetapi kita (kerajaan) masih ada lagi hak Bumiputera dan Perdana Menteri telah menjelaskan bahawa 1Malaysia berpaksikan kepada perlembagaan," katanya. - BERNAMA

Hari ini satu lagi hasutan dilakukan secara terbuka dan berani kerana mereka tahu orang Melayu seperti nazri aziz sudah semakin banyak.

Raja-Raja Melayu dihina di facebook
https://www.facebook.com/rudy.ball.3
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151581324858208&set=gm.495485457202645&type=1
Kita tunggu apa Menteri-Menteri Melayu boleh buat selain daripada bertelagah sesama sendiri dan berpura-pura mengambil tindakan terhadap isu moral bangsa Malaysia yang kian runtuh kini.

Continue Reading...

Profil Kuala Besut

 Categories: ,
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:25 PM | Thursday, July 11, 2013


Ringkasan.
Kuala Besut sebelumnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu di Malaysia, terletak antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu. Tapi sekarang semakin membangun, menjadi sebuah pekan yang agak penting kepada pelancong-pelancong kerana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian.
Kuala Besut juga telah pun di daftarkan sebagai pelabuhan oleh Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia juga telah membina satu "Mariner" iaitu sebuah jeti yang lebih baik untuk perahu-perahu layar atau pun bot-bot mewah berlabuh (berdekatan dengan jeti pelancongan).

Latarbelakang.
Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.
Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.
Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.
Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.
Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.
Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.
Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.
Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.
Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.
Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

Negeri Besut di bawah naungan Terengganu.
Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

Sejarah dan Pentadbiran.
Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.
Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.
Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.
Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.
Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.
Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.
Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Pentadbiran pesuruhjaya dan kedatangan British.
Berikutan dari kemangkatan Tengku Ngah, Besut ditadbir oleh Pesuruhjaya iaitu wakil kepada Sultan di Kuala Terengganu. Bermula dari sini kedudukan Besut sebagai sebuah negeri pun berakhir. Pesuruhjaya Besut yang pertama ialah Tengku Long atau gelarannya TENGKU SERI INDERA SEGERA. Kemangkatan Tengku Long pada 1909 telah menyebabkan Besut ditadbir terus dari Terengganu. Dengan berlakunya PERJANJIAN BANGKOK pada 1909 antara British - Siam, negeri-negeri utara Persekutuan Tanah Melayu jatuh sebagai tanah jajahan British. Sebagai satu daerah dalam Terengganu, Besut turut menerima perubahan dimana Kerajaan British menghantar Penasihat kepada sultan dan segala pentadbiran kecuali mengenai adat resam dan agama Islam.
Pada tahun 1910, kebakaran besar telah berlaku memusnahkan sama sekali Kota Palembang . Ini menyebabkan penduduk-penduduk berpindah ke Kg.Raja dan lain-lain kawasan. Keturunan raja tidak lagi mempunyai kuasa dan kebanyakannya masih lagi menetap di Kg.Raja sehingga sekarang.

Zaman Jepun hingga sekarang.
Semasa Pemerintahan Jepun, Besut ditadbirkan oleh Wakil Gabenor Jepun di Kuala Terengganu iaitu MR. ARATAKE. Sistem Pesuruhjaya masih diteruskan oleh Jepun dimana TUAN HAJI WAN LONG ( Datuk Sangsura Pahlawan ) menjadi Pesuruhjaya Besut semasa pemerintahan Jepun. Tuan Haji Wan Long telah digantikan oleh TENGKU SERI AKAR. Semasa beliau berlakunya penyerahan Besut kepada Siam dan seterusnya kekalahan Jepun dan kembalinya semula Pentadbiran British.
Kerajaan British telah menghapuskan jawatan Pesuruhjaya dan meletakkan Besut di bawah Pentadbiran DEPUTY RESIDENT COMMISSIONER. Orang pertama menjawat jawatan itu ialah seorang anak tempatan iaitu ENCIK ABD. AZIZ BIN HUSSIN. Hanya 3 orang yang sempat memegang jawatan itu termasuk DATO' HAJI KAMARUDDIN BIN HAJI IDRIS yang kemudiannya dilantik sebagai MENTERI BESAR TERENGGANU.
Dari tahun 1947 hingga 1957, pentadbiran Besut diletakkan dibawah pegawai Pentadbiran ( ADMINISTRATIVE OFFICER ). Orang pertama memegang jawatan itu ialah C.C. MOWAT dan yang terakhir ialah AB.RAHMAN BIN MAT.
Selepas ini sistem PEGAWAI DAERAH bermula seorang Pegawai British bernama L.M. EDYE menjadi Pegawai Daerah Besut yang pertama di ikuti oleh ENCIK MUSTAFA BIN ABDUL JAMAL ( masih ada dan bertugas sebagai anggota Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Terengganu ). Semasa beliau menjadi Pegawai Daerah, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Di Besut upacara bersejarah ini diadakan di Padang Bola Kg.Raja dimana Pengistiharan Kemerdekaan dibaca oleh Allahyarham En. Ismail bin Yusof ( DATO' BENTARA LUAR ) seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu.

Lokasi daerah Besut.
Besut adalah satu daripada 7 buah daerah di Negeri Terengganu yang terletak disebelah utara negeri dan bersempadan dengan Negeri Kelantan ( CIK SITI WAN KEMBANG ). Disebelah timurnya negeri ini adalah Laut Cina Selatan dan disebelah Baratnya pula ialah Banjaran Titiwangsa.

Perhubungan awam.
Perhubungan awam yang paling utama bagi penduduk di Daerah Besut ialah melalui jalan darat ( Jalan Raya ). Walau bagaimanapun jalan laut masih digunakan lagi.
Jalanraya yang paling penting ialah Jalan Besar yang merentasi sungai ini bermula dari Negeri Pahang hingga ke Negeri Kelantan. Jalan ini melalui 6 buah Pusat Pentadbiran daerah bagi negeri ini iaitu bermula dengan KEMAMAN, DUNGUN, MARANG, KUALA TERENGGANU, BANDAR PERMAISURI dan JERTEH ( BESUT ).
Jalan lautnya pula kebanyakannya digunakan oleh golongan nelayan dan perjalanan ke tempat perlancongan utama bagi daerah ini iaitu Pulau Perhentian dan dikenali juga dengan nama HAWAI THE SECOND.

Sumber Wikipedia dan pulauperhentian.com.my
Continue Reading...

Polis 'BODOH' - Kata Cina Pulau Pinang

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 1:33 PM |
Semakin hari semakin giat penghinaan terhadap anggota keselamatan khususnya Polis Di Raja Malaysia.

Kebanyakkannya berunsurkan sentimen tertentu dengan tujuan membangkitkan emosi rakyat agar dapat membangkitkan gelombang ketidak harmonian di kalangan penduduk majmuk di Malaysia lantas mencetuskan momentum kekacauan di seluruh negara.

Akhirnya seluruh tindakan tersebut akan menjerumuskan negara ke kancah rusuhan kaum dan melumpuhkan kestabilan politik sedia ada.

Begitupun, sangat dikesali kerana sumber tuduhan ini tidak menyertakan "alamat sesawang (url address)" bagi tujuan pengesahan. Boleh jadi ianya adalah hasil kerja dari grafik komputer menggunakan kepandaian kreatif.

Pihak polis harus menyiasat perkara ini bukan sekadar beritanya sahaja tetapi dari sudut kesahihan sumber berita ini sendiri.

Tidak mustahil ada orang Melayu sendiri yang mereka-reka berita kerana mahu menjadi satu lagi si kitol bangsa.

Sekiranya perkara ini adalah sahih, akta hasutan sangat tidak wajar untuk dihapuskan.



Continue Reading...

Pelacur cari pelanggan di Parlimen

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:44 AM |
Memang gempar, pelacur cari pelanggan di parlimen. Siapa sangka dewan parlimen yang selama ini dipandang tinggi dan dihormati oleh sistem sosial di mana-mana negara berdaulat sekalipun telah dicemari dengan skandal pelacuran.

Pelacur mencari pelanggan secara terang-terangan namun pelanggan kalihatan agak tersipu-sipu malu walaupun sebenarnya mereka mahu.

Mengapakah keruntuhan moral menjadi fenomena kebelakangan ini ? Sudah pasti ada punca dan sebab mengapa ianya berlaku. Tidak lain dan tidak bukan adalah berpunca daripada faktor permintaan dan bekalan. Ada pelanggan maka adalah pelacurnya.


Baru-baru ini kecoh seketika persidangan parlimen apabila anak lelaki karpal singh menyerang peribadi Menteri KDN berkenaan satu kes mahkamah yang diwakili oleh anak lelaki karpal singh itu sebagai peguam.

Perbuatannya seumpama pelacur kerana menjual maruah sebagai peguam di parlimen yang bukan tempat sewajarnya untuk ia dilakukan.

Anak lelaki karpal singh yang telah dibayar sejumlah upah atas kes tersebut sengaja menyerang peribadi Menteri KDN semata-mata untuk memenangi persepsi agar penghakiman sosial memihak kepadanya. 

Perbuatannya sama dengan tidak menghormati sistem kehakiman di Malaysia malahan ia mencabul undang-undang peraturan di parlimen sebagaimana dirujuk : Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, 35 (6) menetapkan “Seseorang ahli tidak boleh bercakap berkenaan dengan apa-apa perkara yang ada dalamnya faedah kewangan yang tepat bagi dirinya jika tidak diterangkannya sebanyak mana faedah bagi dirinya dalam perkara itu.”

Kelemahan penguatkuasaan bagi menegakkan peraturan dan undang-undang telah menyebabkan pelacuran berleluasa di negara kita. Anak lelaki karpal singh adalah seorang pelacur politik.

Continue Reading...

Akhirnya PAS bergaduh dengan DAP

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 6:05 AM |
Bapa Islam anak kristian, budaya baru Malaysia baru.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz menempelak Pengerusi DAP, Karpal Singh kerana disifatkan membuat kenyataan berbaur ugutan terhadap parti itu berhubung hasrat meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan.

Menurut beliau, pertikaian berkenaan isu tersebut seharusnya diselesai menerusi perbincangan.

Katanya, masyarakat bukan Islam perlu menghormati kedudukan Islam dalam Perlembagaan yang meletakkan hak orang Islam sebagai kepentingan teratas dan membenarkan mereka melaksana setiap tuntutan agama.

Tambah beliau, dalam isu menentukan agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun ke bawah, ibu atau bapa yang telah memeluk Islam berhak membawa bersama anaknya memeluk Islam.

Sehubungan itu, katanya, Perlembagaan atau undang-undang yang mahu digubal perlu selari dengan hukum Islam tersebut.

"Mengikut hukum Islam apabila ibu atau bapa masuk Islam, maka anaknya di bawah umur berhak beragama Islam kerana anak itu berhak mengenali agama.

"Semua umat Islam mesti berusaha mendapatkan hak agama anak kerana itu hak mereka dengan Allah," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Karpal supaya Ahli Parlimen Pas dan PKR menyokong cadangannya meminda Perkara 12 (4) Perlembagaan Persekutuan berhubung status agama kanak-kanak di bawah usia 18 tahun.

Meskipun pembentangan Rang Undang- Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 ditarik balik, namun Karpal dilihat masih tidak berpuas hati selepas menyifatkannya sebagai tidak memadai.

Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 bertujuan mengelak 'salah tafsir' berhubung kebenaran menukar agama kanak-kanak berumur di bawah 18 tahun.

Semalam, Penolong Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Karpal memberi kata dua itu bertentangan dengan konsep perkongsian antara ketiga-tiga parti tersebut dalam pakatan pembangkang.

Dalam pada itu, Nik Mohd. Abduh mahu semua pihak menghormati pendirian kerajaan yang menarik balik rang undang-undang tersebut.

"Kita negara majoriti Islam, apa-apa pertelingkahan cuba selesaikan dengan cara harmoni melalui perbincangan.

"Undang-undang tidak bergerak dengan ugutan tetapi melalui pemahaman," katanya.-UMO
Continue Reading...
 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day