Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Melayu Hilang Di Bukit Bintang

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:00 AM | Saturday, September 21, 2013  |
Semalam aku berpeluang untuk bersiar-siar di sekitar Bukit Bintang, kawasan yang dikatakan sebagai 'Segi Tiga Emas Kuala Lumpur.'

Sungguh terkesima, perasaan teruja yang terpacul dari jiwaku bila melihat kepesatan Bukit Bintang terutamanya di waktu malam. Pemandangannya sungguh indah, pesat membangun dengan pusat-pusat ekonomi yang strategik bagi segala macam sumber perniagaan.

Pelacur Di Bukit Bintang
Bukit Bintang adalah tempat di mana kita boleh membeli perkakasan dan perisian yang berkaitan dengan teknologi maklumat pada harga yang murah. Singgah saja ke Low Yat Plaza, segala macam makneka gajet dan barang-barang elektrik yang mudah dan murah untuk diperolehi.

Bukit Bintang di malam hari pula lebih meriah panoramanya dengan warga asing berbilang kaum, restoran-restoran makanan yang dikerumuni pelanggan dan tidak kurang juga lambakan barang-barang berjenama tiruan yang dijual secara terbuka.

Sedang aku bersiar-siar di sepanjang lorong dan kaki lima berhampiran, aku terpandang akan deretan rumah urut yang bergemerlamapan seolah-olah menggamit mereka yang keletihan untuk merehatkan tubuh. Tiba-tiba aku terhenti seketika apabila aku disapa oleh seorang bapa ayam yang menawarkan pelacur. Bukan seorang tetapi ramai bapa ayam yang bekerja sebagai penjaja 'lendir' berkeliaran mencari pelanggan.

Sekembalinya aku ke lokasi penginapan, aku terus membuat sedikit 'home work' untuk menyelidiki latar belakang Bukit Bintang. Inisiatif tersebut terdorong bukan hanya dek pesonanya yang telah menggaru rasa ingin tahuku dengan lebih lanjut melainkan kerana rasa hairan yang amat sangat kerana 'Melayu Hilang Di Bukit Bintang'.

Berdasarkan 'home work' ku daripada temubual dengan beberapa penjaja Melayu yang sangat kecil (bahkan lebih kerdil daripada peniaga warga asing) di kaki-kaki lima sekitar Bukit Bintang, Bukit Bintang pada asalnya adalah jajahan Melayu di bawah 'gabenur' bernama UDA.

Menurut mereka, UDA telah menjual satu demi satu aset Melayu di Bukit Bintang kepada kaum cina pada satu ketika dahulu. Mereka juga menceritakan betapa Melayu terus dipinggirkan apabila peralihan kuasa daripada UDA kepada kaum cina berlaku.

Tidak semena-mena terlintas di benaku pernyataan oleh DS Najib Razak kelmarin yang telah menggariskan langkah-langkah bagi memperkasakan ekonomi Bumiputera dan dizahirkan dengan menubuhkan Majlis Ekonomi Bumiputera. Aku terus merujuk kepada cadangan beliau yang berbunyi "UDA Corporation akan diperkukuh untuk membantu membangun hartanah termasuk rumah kediaman, kompleks dan ruang perniagaan, bangunan industri dan perdagangan di kawasan bandar."

Aku tersenyum sendirian, memang ada betulnya dakwaan bahawa orang Melayu gemar memperjuangkan sejarah tetapi mereka tidak tahu mengapa sejarah diperjuangkan. Jika DS Najib Razak selaku pemimpin Melayu tidak belajar dari sejarah, ertinya kita sekadar menghayati sejarah sebagai bahan bacaan tetapi tidak menjadikannya sebagai sebahagian daripada maklumat rujukan yang perlu digunakan untuk membina sebuah negara yang cemerlang.

Mengapa perlu dilibatkan UDA dalam isu memperkasakan ekonomi Bumiputera ? Bukankah UDA telah terbukti pernah menjual ekonomi Bumiputera kepada kaum Cina ? Perlukah kita masuk ke dalam mulut buaya dua kali ?

Untuk mengkritik memanglah mudah tetapi sangatlah tidak bertanggungjawab sekiranya kita tidak menyumbangkan pendapat yang dapat membantu memperbaiki isu yang diperkatakan. Untuk sumbangan pendapat pula, ia perlu kepada golongan yang benar-benar terlibat dengan sektor yang terbabit. Aku tidak berniat untuk menasihati DS Najib Razak tetapi aku berharap agar beliau memikirkan perkara yang aku dan ramai lagi orang Melayu khususnya fikirkan tentang UDA dan peranannya di dalam membangunkan ekonomi Bumiputera.

p/s : kalau setakat lantik pengerusi kaki songlap... banyak lagi Melayu yang hebat dalam songlap menyonglap... fikir-fikirkanlah masa hadapan Bumiputera di Tanah Melayu...
Continue Reading...

Respondan Gagal Menyingkirkan Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 3:48 PM | Wednesday, September 18, 2013
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kelihatan lebih cantik dari biasa dengan wajah yang kelihatan seolah-olah baru menjalani rawatan kosmetik kelihatan hadir di mahkamah.

Terdapat dakwaan beliau menggunakan botox untuk menegangkan beberapa bahagian anggota tubuhnya bagi meningkatkan keanjalan dan ketegangan maksimum.

Barangkali teknologi botox sudah mampu menegakkan sebarang kebengkokan.

sekadar gambar hiasan

Dapatkan berita lanjut di :
http://www.rakyatnews.my/index.php/2013091885622/ekslusif/kes-liwat-beri-hujah-serta-fakta-jelas-shafee-abdullah
Continue Reading...

Test...

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 6:38 PM | Tuesday, September 17, 2013
Test...

Alamat Blog Baru...
Continue Reading...
 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day