Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Ayah macam binatang!

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:52 AM | Wednesday, June 26, 2013  |

Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.

Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.

“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun.

http://www.hmetro.com.my/articles/Ayahmacambinatang_/MA/Article
Continue Reading...

Bila beruk jadi Ahli Parlimen, nasib baik tak minta dakwat kekal untuk mengundi Speaker di Parlimen.

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 9:04 AM | Tuesday, June 25, 2013

Itulah pakatan pembangkang, diberi paha mahu betis pula dan akhirnya minta yang depan serta belakang sekali.

Semalam, proses pemilihan Speaker Dewan Rakyat dilaksanakan dengan kaedah undian atas kertas menggunakan borang yang tertulis nama pengundi dan calon yang dipilih.

Sekali lagi Ahli Parlimen pakatan pembangkang menimbulkan kekecohan yang tidak wajar dan tidak sepadan jika dibandingkan dengan status mereka sebagai 'Penggubal Undang-Undang' di Malaysia berkaitan isu di atas.

Sebenarnya kuasa melantik Speaker Dewan Parlimen adalah tertakluk ke atas perkenan DYMM Yang Dipertuan Agong dan boleh mengambil kira nasihat dari Perdana Menteri Malaysia. Perkara tersebut bermaksud proses mengundi Speaker Dewan Rakyat bukanlah satu kewajipan dan ianya tidak penting sama sekali.

Ahli Parlimen pakatan pembangkang mempertikaikan mengapakah proses pengundian dijalankan secara terbuka iaitu nama pemilih perlu ditulis dan diketahui secara umum. Apa yang menghairankan kita sebagai rakyat yang telah memilih mereka sebagai wakil di parlimen ialah mengapa perkara seremeh itu perlu menjadi pertikaian dan dipolitikkan?

Ahli Parlimen pakatan pembangkang cuba menimbulkan polemik kononnya timbul isu bahawa Perdana Menteri sendiri tidak yakin dengan para Ahli Parlimen Barisan Nasional. Ianya tidak lain dan tidak bukan berniat untuk menghasut para Ahli Parlimen Barisan Nasional agar timbul kekalutan dan diperdebatkan sesama mereka dan akhirnya masa dan waktu mereka yang sangat berharga untuk digunakan bagi khidmat kepada rakyat dibazirkan dengan sia-sia.

Tindakan Perdana Menteri adalah baik kerana selain daripada transformasi di parlimen itu sendiri ia adalah satu daripada perlaksanaan demokrasi yang terbuka. Memilih secara terbuka adalah lebih bertanggungjawab berbanding memilih secara sembunyi-sembunyi. Keputusan daripada kaedah pemilihan secara yang sedemikian juga tidak boleh dimanipulasi oleh sesiapun juga selepas ini kerana ianya jelas dan termeteri dengan undian dan tanda tangan setiap dari mereka yang mengundi.

Bagaimanapun, keputusan Ahli Parlimen pakatan pembangkang untuk tidak memboikot proses pengundian tersebut sangat menghairankan. Perkara ini adalah satu kemalangan bagi para penyokong mereka yang sanggup mempertaruhkan nyawa di hadapan bangunan Parlimen Malaysia memprotes dengan motif demonstrasi 'Blackout 505'.

Begitupun, sangat mujur kerana Ahli Parlimen pakatan pembangkang tidak mendesak agar Perdana Menteri menggunakan dakwat kekal dalam proses pemilihan Speaker Dewan Parlimen yang berlangsung semalam.


Continue Reading...

Kenapa Ramai Blogger Pro BN Bersara Selepas PRU13..?

 Categories:
Comments by facebook 1 comments by Blogger
Posted On : 12:44 PM | Monday, June 10, 2013
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia...

Dah lama aku tak kemas kini blog ini. Dengan berbagai alasan dan sebab yang sama akhirnya aku mula menulis semula.

Dunia blog Pro BN agak sepi kebelakangan ini dengan merudumnya isu untuk memancing undi disebabkan kita dah menang. Selain daripada itu, kurangnya taikun-taikun yang dulunya membantu blogger juga menjadi salah satu sebab yang kuat.

Buat apa kita nak menulis lagi..? PRU14 masih lama lagi..? Ada juga blogger yang berpendapat sebegitu. Apapun pandangan diorang, Malaysia adalah negara demokrasi berperlembagaan. Selagi pandangan mereka tidak melanggar batas-batas perundangan, tak ada yang menjadi kesalahan.

Bagi aku, aku rasa seperti mahu menulis semula tetapi sebelum aku mula menulis aku sudah padamkan semua artikel-artikel yang lama kerana aku ingin memulakan hari baru dalam bidang penulisan blog.

InsyaAllah aku akan menulis dengan pendekatan baru yang berbeza dari sebelum ini.

Aku harap para peminat IPS masih setia untuk berkunjung dan memberi komen yang bernas di dalam artikel-artikel aku yang bakal mendatang.

Terima Kasih.
Continue Reading...
 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day