Isu Politik Semasa
Isu Politik Semua

Mengapa Ramai Anak Muda Melayu Bangkrap ?

 Categories:
Comments by facebook 0 comments by Blogger
Posted On : 11:17 AM | Wednesday, August 21, 2013  |
YB Khairy Jamaluddin (Ketua Pemuda UMNO Malaysia) telah menyambut baik tuntutan saudara Safwan Anang (Presiden kumpulan aktivis Solidariti Mahasiswa Malaysia) untuk membantah langkah Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dengan kerjasama Bank Negara bagi menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingkar yang dinyatakan akan mula berkuatkuasa akhir bulan ini.

Memetik kenyataan beliau dari dari akaun mikro Twitternya :
"Pemuda Umno tidak setuju peminjam PTPTN disenaraikan dalam CCRIS."
"PTPTN tidak sama dengan pinjaman bank untuk kereta atau rumah."
"Jangan bebankan graduan."

Beliau juga telah menyatakan bantahan tersebut kepada Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pendidikan Kedua) sebagaimana kenyataan berikut :
"Saya telah sampaikan pandangan Pemuda Umno bantah PTPTN senaraikan CCRIS pada Menteri Pendidikan Kedua (Datuk Seri Idris Jusoh) tadi."

Tindakan YB Khairy Jamaluddin dilihat selari dengan kehendak sebahagian gerakan anak muda yang menyokong pakatan rakyat, barangkali ianya menzahirkan ketidakyakinan barisan Pemuda UMNO Malaysia terhadap banyak keputusan kerajaan yang tidak tetap dan sering berubah-ubah kebelakangan ini.

Seandainya jawatan Ketua Pemuda UMNO dicabar pada Perhimpunan Agung UMNO ke 64 nanti, sudah pasti kedudukan YB Khairy Jamaluddin tidak akan tergugat berikutan banyak keputusannya termasuk yang berkaitan isu ini dan isu-isu sebelum ini yang dilihat sangat popular untuk menarik sokongan akar umbi golongan pemuda.

Pengaruh YB Khairy Jamaluddin sudah tidak dibayangi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi kerana kini beliau sudah menempa nama sebagai antara ketua pemuda yang berani menongkah arus menentang keputusan kerajaan dalam mengetengahkan kecenderungan golongan pemuda secara keseluruhan (UMNO dan pakatan rakyat) di dalam memainkan peranan mencorak masa depan negara.

0 comments:

Post a Comment

Hubungi IPS di : share.isupolitiksemasa@gmail.com

 

HTML6

Beramal dan Menyampaikan

Quote of the Day